Cara Pembelian
Langkah 1 : Pilih Produk Anda
Pilih kategori produk anda dan pilih produk anda. Kemudian tekan butang 'Add to cart'
Langkah 2 : Check Out
Lihat 'Cart' anda, anda juga boleh menambah atau mengurangkan kuantiti produk anda. Selesai membuat penukaran dan semakkan, klik butang 'Check Out' untuk ke halaman 'Check Out'.
Langkah 3: Isikan Butiran Penghantaran
a) Pilih 'Delivery Method' sama ada hendak membayar melalui 'Online', 'Cash on delivery (COD)' atau 'Self-pickup'. Kemudian isikan butiran alamat penghantaran sekiranya anda tidak pernah mendaftar bersama Wadoodmart.
Langkah 4: Pilih Tarikh Penghantaran, Nota Pesanan & Pilihan Pembayaran
a) Anda boleh buat pemilihan tarikh penghantaran mengikut kehendak anda. Di ruangan 'Remarks' anda boleh meninggalkan pesanan atau permintaan kepada kami seperti agar ikan anda disiang ataupun sebagainya. Tiada bayaran tambahan dikenakan untuk servis ini.
b) Buat bayaran secara 'Online' (sekiranya anda telah memilih untuk pembayaran menerusi online). Anda boleh membuat bayaran menggunakan bank anda secara FPX ataupun menggunakan kad kredit/debit kad. Sekiranya anda memilih untuk COD, pembayaran anda boleh dilakukan ketika pesanan anda telah sampai ke rumah kepada staff kami.
Langkah 5 : Buat Bayaran
Setelah berpuas hati dengan semakkan anda, klik butang 'Place Order Now' dan terus mengisi butiran kad kredit/debit anda. Klik butang 'PAY RM.....' untuk meneruskan sesi pembayaran.
Langkah 6 : Tunggu Ketibaan Barang Dapur Anda
Selesai! Anda akan menerima email notifikasi untuk setiap pembelian anda. Pihak kami ingin memastikan anda dimaklumkan dengan rapi untuk setiap perkara. Terima Kasih.