icon-search
icon-search

Refund/Return Policy


Terima kasih kerana membuat pembelian di Wadoodmart.com

Sekiranya anda barang yang anda terima rosak atau tidak segar, kami sedia membantu anda untuk mengembalikan wang anda.

JENIS KEROSAKKAN YANG DIBERI JAMINAN PULANG KEMBALI

  • Barang seperti ikan,seafood dan ayam terbukti tidak segar dan tidak boleh digunakan
  • Sayur dan buah lebam atau rosak sehingga tidak boleh digunakan


CARA MELAPORKAN KEROSAKAN

Untuk jaminan pemulangan, anda perlu memeriksa barang anda dan whatsapp bukti gambar tidak segar atau rosak ke 0193899187 dalam tempoh 1 jam selepas anda menerima barang anda.

Selepas itu, pihak kami akan membuat pemeriksaan verifikasi berdasarkan barang anda. Barang mungkin perlu dipulangkan kepada pihak kami.


POLISI REFUND UNTUK TEMPAHAN YANG TELAH DIHANTAR

Pihak kami akan menawarkan pulangan semula untuk barang yang hilang akibat kecuaian daripada rider penghantaran kami.

Pihak kami tidak akan membuat sebarang pembayaran pulang semula (refund) terhadap barang yang telah dibeli & dihantar kepada pihak anda. Berlaku situasi dimana pelanggan tidak respon terhadap panggil telefon setelah barang dihantar kepada anda dan akibatnya, barang tidak boleh dihantar kepada anda.

Pihak kami akan membuat pulangan ke pejabat sekiranya anda tidak menyambut panggilan telefon. Pihak kami akan memberi notis 24 jam, sekiranya tiada respon, produk tempahan anda akan dilupuskan.

Sekiranya anda ingin mendapatkan semula barangan anda setelah barang dihantar ke pejabat kami, anda perlu menanggung dua jenis kos penghantaran iaitu

  1. kos penghantaran barang dari rumah anda ke pejabat kami disebabkan anda tidak memberi respon selepas kami membuat penghantaran
  2. kos penghantaran semula ke alamat anda.

Bayaran perlu dibuat sebelum penghantaran diteruskan. Sekiranya gagal, pihak kami tidak akan dapat memproses penghantaran produk anda.

Kami juga tidak memberi/menawarkan jaminan refund untuk barang yang rosak/hilang kesegaran untuk barang yang telah dihantar namun tidak diterima akibat ketiadaan anda dilokasi alamat anda. Tanggungjawab menerima barang tempahan adalah tanggungjawab anda.

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.